Lelaki terkejut menang hadiah Cuti Bergaji 365 hari di majlis makan malam tahunan syarikat

loading...



Seorang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat di Shenzen, China baru-baru ini memenangi hadiah cuti bergaji selama 365 hari, semasa jamuan makan malam yang dianjurkan oleh majikannya pada Ahad, 9 April lalu. 


Dalam video yang viral di media sosial Weibo, lelaki yang memegang jawatan sebagai pengurus itu memegang kadbod replika yang tertera perkataan 'Cuti Bergaji 365 Hari' di atasnya. 


Difahamkan, lelaki itu memenangi cabutan bertuah yang dianjurkan oleh syarikat sebagai salah satu cara untuk pekerjanya menghilangkan tekanan, memandangkan syarikat itu sudah tiga tahun tidka mengadakan majlis makan makan tahunan. 


Hanya satu hadiah utama yang ditawarkan iaitu hadiah cuti bergaji tahunan, manakala hadiah yang lain adalah hadiah kecil sahaja. Namun, pemenang hadiah utama diberi pilihan sama ada mahu menukar hadiah tersebut dalam bentuk tunai atau memanfaatkan cuti bergaji itu. 


Walaupun tuah berpihak kepada lelaki itu, namun masih sukar untuk dia percaya dan bertanya kepada majikannya yang juga terkejut kerana hadiah utama itu dimenangi oleh seseorang. 


Sumber: Weibo

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close