Driver Kelisa buli & lempar ayat gangguan seksual terhadap wanita, ditahan polis

loading...



Padah melemparkan kata-kata berbaur gangguan seksual terhadap seorang wanita dalam video tular di media sosial hari ini, lelaki terbabit telah ditahan polis. 


Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 3.40 petang dan bertindak di atas maklumat itu, pihaknya telah menahan suspek berusia 38 tahun berkenaan. 


Baca: 'You memang tak nak gerak eh? I dah cakap elok-elok' - Tular video wanita dibuli & dilempar ayat gangguan seksual dari lelaki tidak dikenali


Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan keputusan ujian saringan air kencing juga adalah negatif. 


Suspek kini ditahan di Balai Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut di bawah Sesyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam. 


Terdahulu tular video suspek yang didakwa sengaja menghalang laluan keluar sebuah kereta menyebabkan pemiliknya terpaksa keluar untuk meminta suspek mengalihkan kenderaannya. 


Malangnya suspek enggan berbuat demikian dan memilih untuk memperbesarkan hal itu dengan melemparkan kata-kata tidak sepatutnya yang menarik perhatian orang awam yang kemudian datang membantu wanita berkenaan. 


Sumber: Kosmo! Online

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close