'Kalau kelakar sangat kenapa bersungguh nak saya tarik nusyuz hari tu?' - Syamsul Yusof dedah tuntutan Puteri Sarah minta pada malam mereka berjumpa

loading...



Pelakon Puteri Sarah Liyana semalam memuat naik kenyataan menerusi Instastory yang mengatakan dia tergelak selepas membaca tuduhan nusyuz yang dikemukakan oleh suaminya, Syamsul Yusof. 


"Baca 44 pages tuduhan nusyuz belah sana. Ya Allah sumpah gelak sampai terjatuh kerusi baca semua tuduhan. Nasib baiklah aku ni sejenis simpan bukt semua yang berlaku. 


"Even your mum nak jadi saksi. OMG. Macam baca novel komedi, like seriously?" katanya. 




Tindakan Puteri Sarah itu mengundang rasa kurang senang Syamsul kerana berterusan mendedahkan aib rumah tangga mereka di media sosial. Lebih-lebih lagi selepas kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat untuk bercerai baru-baru ni. 


'KENAPA BERIA SANGAT NAK SAYA TARIK NUSYUZ MASA KITA BERJUMPA?'


Menurut Syamsul, sikap yang ditonjolkan oleh isteri pertamanya itu cuba membuktikan bahawa dia teraniaya. Dan disebabkan itu juga, Syamsul hari ini mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum. 


"Allah, Sarah dah dapat/baca surat nusyuz itu dah lama, masa proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dulu lagi. Jadi kenapa tiba-tiba act ketawa sekarang? 


"Masa dapat fail nusyuz tu, kenapa takut nak bagi pada peguam kamu terus? Sarah simpan fail nusyuz itu lama sebelum diberikan kepada peguam dia. Peguam Sarah sendiri yang beritahu perkara ini kepada peguam saya. 


"Kalau kelakar sangat, kenapa bersungguh nak saya tarik nusyuz hari tu ya masa kita berjumpa? Satu lagi, banyak kali saya ajak berjumpa sebelum ini untuk berbincang dengan baik. Tetapi dia tidak mahu. Hanya selepas saya fail nusyuz barulah dia akhirnya mahu berjumpa suami.


TAKUT IMEJ 'ISTERI TERANIAYA' TERBONGKAR?


"Kenapa? Kerana kamu risaukan nusyuz itu Sarah, saya tahu. Kerana di dalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita. Jadi habislah imej 'isteri teraniaya' yang awak potreykan pada umum selama ini. Itu yang kamu risaukan. 


"Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu dah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan kamu masih bersuami. Kamu sendiri yang beritahu saya hari tu masa kita berjumpa. Siap cakap, 'Jangan bagitau orang okey'. 


MINTA RAHSIAKAN AMAUN TUNTUTAN TUNAI RM400,000?



"Masa kita berjumpa pada malam itu, kamu sendiri yang minta purata RM10,000 sebulan dan aset wang ringgit RM400,000.Kamu sendiri yang letak dan suamimu setuju semuanya! Siap kata, 'Jangan bagitahu orang saya minta ni sebab saya tahu ia amaun yang tinggi'. 


"Suami kamu setuju saja dengan permintaan itu walau di media sosial kamu canang 'Aku tak harap harta suami'. Jadi sebab itulah kami gembira di mahkamah hari tu semua orang nampak sebab dua-dua telah bersetuju! Kita sama-sama happy. 


"Tetapi malangnya beberapa hari selepas itu, kamu yang tiba-tiba tukar agreement menambah-nambah meminta harta aset jutaan ringgit pulak dah. Dan menuduh saya pula yang menukar agreement asal dan burukkan suami di media kata minta diskaun. 


"Allah, ini bukan soal minta diskaun. Saya cuma kata kenapa tak ikut perjanjian asal kita pada malam itu? Tak apa sarah, macam ni kau buat pada sami kamu, tak apa. 


RAIH SIMPATI MASYARAKAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH?


"Saya tulis ini semua bukan mahu netizen sokong saya, tak perlu. Cukup Allah untuk saya. Tetapi fikirlah adakah ini caranya kamu sebagai isteri menyelesaikan masalah dengan berpura-pura di depan media/netizen untuk meraih simpati masyarakat, gunakan anak dan ibu bapa saya.


"Kita boleh selesaikan dengan cara baik, tetapi memilih untuk terus mengaibkan suami dan keluarga saya dan mertua. 


"Semalam kamu ugut suami secara public dan ini juga akan dijadikan tambahan kes. Tiba-tiba ugut suami minta jutaan ringit, bila suami tidak setuju mahu dicanang video suami pula. 


"Baiklah, tapi bagaimana dengan bukti yang ada pada suami orang itu pula ya Sarah? Cukup sampai situ. Ya, di Mahkamah saja kita selesaikannya. 


'KAMU HASUT/GUNAKAN IBU BAPA SAYA PULA'


"Sarah, ibu bapa kamu juga pening dan tidak bersetuju dengan cara kamu sekarang menyelesaikan masalah rumah tangga. Sebab itulah mereka diam sahaja dan ayah kamu terus menasihati saya untuk terus bersabar. 


"Jadi kamu pergi hasut/gunakan ibu bapa saya pula untuk menyokong cara 'tak baik' kamu menyerang suami. 



'TERIMALAH TAKDIR SUAMI KAMU TELAH BERKAHWIN'


"Qada dan qadar. Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin (dengan Ira Kazar) Sarah, janganlah berdendam kesumat sehingga ke tahap ini. Ia akan memakan diri dan masa depan anak-anak kita. 


"Kami tak terima poligami tak apa, kita berpisah secara baik. Bukan dengan cara mengugut suami dan canang di media sosial berpura-pura konon kamu isteri solehah yang dianiaya. 


"Ya, kita berdua ada kesilapan masing-masing Sarah. Jadi fikirlah tentang masa depan anak-anak kita dengan berpisah secara baik dan aman. Demi anak-anak kita," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya hari ini.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close