Ini berikutan Syamsul dikatakan enggan menceraikan isterinya atas sebab mahu berdamai dan masih ada sinar.
Dari keterangan Puteri Sarah kepada pihak media selepas keluar dari mahkamah mengatakan, dia agak terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh suaminya itu kerana dia menyangka Syamsul akan melepaskannya.
"Daripada gaya dia melayan saya, saya rasa dia macam tenang saja nak lafazkan, because action speak louder kan. Mulut berkata tak nak, tetapi perbuatan nampak seperti nak. Saya ingat okaylah, akan selesai di sini.
"Saya agak terkejut jugalah apabila dia tak nak (ceraikan) tadi. Macam... berdamai? Sinar? Apa tu? Benda itu (berdamai) sepatutnya dibuat sebelum ini. Kalau betul nak berdamai dan ada sinar, tetapi sehingga sekarang tak ada sebarang penjelasan mahupun kata maaf yang dia berkahwin di Siam.
"Tiada sebarang penjelasan dibuat kepada saya, keluarga saya dan ibu bapanya sendiri. Tiada penjelasan, berdamai apa? Berdamai dengan sebelah sana mungkin la kot.
"Kepada penyokong lelaki di luar sana yang tegar menyokong Syamsul Yusof, yang kata kita beli beras kena semak semula kot, sebab saya yang beli beras dengan lauk semua sekali," katanya.
@kosmoonline Pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai dalam kes permohonan perceraian mereka.
♬ Yasirlana Religi - Musik islami
Namun Puteri Sarah tidak menafikan Syamsul masih memberi nafkah untuk anak-anaknya.
Sementara itu, Syamsul dilihat enggan memberi sebarang respon kepada soalan-soalan yang diajukan oleh pihak media selepas keluar dari mahkamah.
Sumber: TikTok Kosmo! Online
0 comments:
Post a Comment