Sidang media khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi selepas selesai Mesyuarat Khas Kabinet, menarik perhatian ramai. Menurut Ahli Parlimen Tambun berkenaan, banyak isu yang telah dibincangkan dan tindakan yang akan diambil oleh kepimpinan baru itu.
Selain dari isu gaji menteri kabinet dipotong 20 peratus, isu-isu lain seperti isu kos sara hidup dan isu monopoli beras turut diberi perhatian. Apa yang mengejutkan ialah, dua nama besar seperti Tan Sri Shahidan Kassim dan Tan Sri Syed Mokhtar turut disebut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
"Saya telah berbincang dengan Tan Sri Syed Mokhtar dan telah ditegur berkenaan dengan isu monopoli import beras. Untuk berlaku adil, kita harus tahu kebenaran import ini bukan consension, bukan dianugerahkan kepada beliau tetapi dianugerahkan kepada Bernas yang ketika itu dipunyai oleh Tan Sri Boon Seng, 31% dan Tan Sri Shahidan Kassim.
“Tan Sri Mokhtar telah membeli syarikat ini 31% daripada Tan Sri Boon Seng sekitar RM800 juta dan kepada syarikat yang dipunyai oleh Tan Sri Shahidan Kassim, sekitar RM400 juta. Jadi beliau tentunya punyai tanggungan untuk membayar balik.
"Tetapi saya ingin beri jaminan kerajaan di bawah pimpinan saya tidak akan lagi mengizinkan lagi pembolotan kekayaan oleh tokoh-tokoh politik dengan begitu mudah, dengan menghisap darah pesawah padi yang miskin.
"Dan sekarang kita tidak boleh membebankan Tan Sri Mokhtar sehingga kita dapat meneliti keuntungannya dan sama ada pulangannya itu berpatutan," katanya.
Kerajaan tidak izinkan cara pembolotan kekayaan tokoh politik terhadap pesawah - PM#AWANInews #KerajaanPerpaduan pic.twitter.com/mrYXbcAQp2
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) December 5, 2022
Terdahulu, semasa kempen PRU yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dasar kerajaan sebelumnya yang terus berpihak terhadap kartel yang monopoli import beras dan mengaut keuntungan besar tanpa memikirkan nasib golongan pesawah.
Sumber: Astro Awani, MalaysiaKini
0 comments:
Post a Comment