Setelah sekian lama menunggu, Neelofa akhirnya berkongsi gambar anak sulungnya, Muhammad Bilal, untuk tatapan para peminatnya.
Gambar yang dikongsikan itu bermula dari saat Bilal dilahirkan sehinggalah ke gambarnya yang terkini.
Video reel yang baru sahaja dimuat naik 10 minit lalu telah meraih lebih dari 30,000 tanda suka, jelas menunjukkan netizen termasuk rakan-rakan artis sangat teruja.
Cinta dan sayang pada anakku Bilal
Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini… Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil
Bilal anak ummi sayang..
Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
Jika keselesaan yang ditaruhkan.. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam
Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami… Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya. Semoga fakih dia dalam agama… Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له
Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya
الهم امين
REAKSI NETIZEN
Sumber: Instagram Neelofa
0 comments:
Post a Comment