Facebook & Instagram alami gangguan teknikal

loading...

Pengguna Facebook dan Instagram pada waktu ini mengalami masalah gangguan teknikal semenjak satu jam yang lalu. 

Rata-rata penggunanya merungut tidak dapat memuat naik gambar, video mahupun status di dua laman sosial tersebut, malah ada yang tidak dapat menyemak kemaskini terbaru di garis masa akaun media sosial mereka. 

Semakan di laman Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 laporan, manakala Facebook 483 laporan yang meningkat dari semasa ke semasa. 

Difahamkan, masalah gangguan teknikal ini berlaku di seluruh dunia dan sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pengendali Facebook dan Instagram. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close