'Badan dia sekarang tak besar macam dalam video' - Rakan politik dakwa FB Haziq digodam

loading...

Susulan viral video hubungan sejenis yang melibatkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ketua PKR Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari tampil menafikan bahawa individu dalam video pengakuan bersumpah itu kononnya adalah Haziq Abd Aziz. 

Menurut Ahmad Nazib, dia sangat mengenali Ketua AMK Santubong itu yang juga merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Industri Utama dan penampilannya tidak sama dengan lelaki dalam video tersebut. 

"Haziq bukan begini orangnya. Rambut dia tinggi sebelah kiri dan kanan semasa saya berjumpa dengan dia empat hari lalu. 

"Dia lama dah tak pergi gimnasium dan badan dia sekarang tak besar macam dalam video," katanya yang turut percaya Facebook Haziq telah digodam. 

Sumber: Utusan Borneo

LAPORAN BERKAITAN
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close