“Anda Mahu Khidmat Urut & Seks?…” – Wanita Bangladesh Dijatuhi Denda Selepas Tawar Seks Kepada Polis

loading...

“Anda Mahu Khidmat Urut & Seks?…” – Wanita Bangladesh Dijatuhi Denda Selepas Tawar Seks Kepada Polis

KUALA LUMPUR – Tersilap langkah menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga Bangladesh dijatuhi denda sebanyak RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Bernama melaporkan, wanita berusia 25 tahun itu dijatuhi hukuman oleh Majistret Mahyudin Mohmad Som selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada anggota berpangkat Sarjan itu.

Dia memberitahu anggota polis berkenaan: “Anda mahu khidmat urut dan seks?. Bayar saya RM200 dan saya bawa anda ke hotel saya.”

Wanita itu turut didenda RM500 atau sebulan penjara selepas dia mengaku bersalah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelacur.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kaki lima hadapan Kelab Malam Movida, Jalan Changkat Bukit Bintang, Dang Wangi, di sini pada pukul 1.30 pagi, 3 Oktober lalu.

The post “Anda Mahu Khidmat Urut & Seks?…” – Wanita Bangladesh Dijatuhi Denda Selepas Tawar Seks Kepada Polis appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close