HOTEL M 2 CERITA

loading...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Nama pena aku tak ada. Tapi korang leh panggil aku Acap dan aku orang Pantai Timur. Kerja sebagai FO di hotel 2 bintang dekat Port Dickson. Ini penulisan pertama aku jadi kalau tak seram pandai-pandailah korang nak seramkan diri. Selamat membaca. Ok, hotel yang aku bekerja sekarang ni dah buka hampir 2 tahun dan dulu kawasan hotel ini kawasan semak dan hutan pantai. Masa mula-mula buka dulu tak banyak cerita seram yang aku dengar dan alami tapi nak dekat penghujung 2016 baru ada.

Kisahnya bermula waktu aku kerja shift malam waktu tu jam 4 pagi, ade dua orang couple yang check in dengan aku. Yang perempuan tolong check in kan yang lelaki ( macam biasa duk dalam kereta) muda lagi masing2 umur dalam lingkungan 20-an. Waktu tu guest agak ramai jadi aku terpaksa bagi mereka bilik dekat bangunan yang lagi satu.

Dah settle check in, perempuan tu dengan muka happy terus ucap thanks dekat aku dan menuju ke kereta “ balak ” dia. Aku pun teruskan kerja aku macam biasa.
Tak lama kemudian, aku dengar bunyi kecoh dekat luar dkt tmpt duduk Guard, India dan nama dia Subra. Lepas tu, mereka masuk dan rupanya budak perempuan dengan “balak” dia tadi. Aku tanya kenapa kecoh-kecoh dekat luar ( dengan nada sopan ).

Mereka pun jawab “ Bang, ada hantu lah dalam bilik saya!!”. Tergamam aku sekejap sebab tak pernah2 guest mengadu ada hantu dalam bilik yang ada pun mengadu pasal air cond tak sejuk, nk extra pillow etc. Jadi aku pun tanya mereka balik,

“Eh biar btul awak ni. Selama saya bekerja mana ada guest complain pasal hantu2 ni. Budak perempuan tu balas, “Ade bang..kami bukak je pintu, hantu tu duduk atas katil, baju putih rambut panjang kaki tak cecah tanah. Benda tu duduk dkt penjuru katil tu!! . Muka Uncle tu dah pucat, yang guest tu double pucat.

Aku pun suruhlah Uncle tu pergi tengok bawa guest tu sekali untuk pastikan. Uncle tu geleng-geleng kepala cakap tak nak dia pun dah cuak. Terpaksalah aku pergi tengok dengan diaorang sebab bukan ape takut guest tu tipu manalah tau kan. So kami pergi ke bangunan hotel sebelah, masuk lift tekan nombor 3. Dah smpai tingkat 3 tu, keluar je daripada lift badan aku dapat rasa semacam.

Bulu roma aku menegak dengan tiba-tiba dan rasa sejuk lain macam pulak. Bf perempuan tu diam aje daripada tadi. Sampai je dekat bilik yang aku bagi dekat mereka tu, perghhh jantung ak ni berdegup kencang jugaklah al maklumlah bukan berani sangat aku ni. Aku baca ape yang patut dan bukak pintu bilik tu. Maakk aihh bau bilik tu busuk semacam!!

Bilik bersepah, semua benda dalam bilik tu berterabur dan dekat cadar tu pun macam koyak-koyak sikit ada kesan cakaran. Guest tu pun terkejut beruk sebab masa mereka masuk tadi bilik ok cuma ada benda tu aje atas katil. Arghh ni tak leh jadi ni, kami pun cepat-cepat nak blah tapi si bf tu mcm terpaku plak dan pandangan dia menuju ke arah cermin tingkap bilik.

Aku pun tengoklah, aduyaii nampak jelas dekat luar tu ade benda duk terbang2 dekat situ dengan muka yang amat mengerikan. Aku cepat2 alihkan pandangan aku dan tarik si bf tu dengan gf dia sekali ke arah lift. Berpeluh dingin aku dalam lift tu, guest yang perempuan tu dah nak nangis dah, bf dia pulak diam seribu bahasa.

Sampai je dekat bawah aku istighfar banyak-banyak. Aku terus ke kaunter dan bagi guest tu refund. Aku minta maaf dekat guest tu banyak-banyak dan mereka pun boleh terima sebab bukan salah aku pun. Bf tu pun jawab

“ Mungkin ni balasan Allah dekat kami bang, sebab kami ni tak kahwin lagi tapi dah nak check in bilik berdua”. Aku pun diam je dan anggukkan kepala. Mereka pun keluar dan berlalu pergi dari hotel aku. Aku pun keesokkan harinya cerita benda ni dekat supervisor aku.

Dia pun bukalah cerita sebenarnye hotel ini memang ada makhluk2 halus ini tapi dlu agak kurang sebab dia dan isteri dia selalu sembahyang dkt atas bangunan tu. Cuma lepas wife dia resign dan dia pun jarang ada dkt situ, ditambah lagi dengan bangunan tu hari2 biasa tak ada guest yang check in, jadi benda tu menumpang duduk dekat sana.

Uncle guard tu pun cerita dekat aku yang dia pernah kena tolong temankan bos aku pergi check bilik dekat bangunan yang lagi satu tu, dan dia kena pergi tingkat 3 tu jugak. Time tu pukul 2.30 pagi so dia pergilah, tengah dia check bilik tu ada satu bilik ni bila dia sampai je dia dh rasa tak sedap hati dan lain macam.

Dia buka pintu dan sendalkan kayu dekat celah lubang untuk halang pintu tu daripada tertutup. Oleh kerana rasa tak sedap hati dia pun macam nak cepat lah tapi dengan tak semena-mena pintu yang disendal dengan kayu tu tertutup dengan sendiri dan macam kena hempas DUMM!!! Menggelabah Uncle guard tu siap cakap “Aiyooo !!”.

Cepat-cepat dia buka pintu tu dan pergi ke lift. Sebelum nak sampai ke lift tu, ada macam satu hembusan angin yang kuat menampar pipi dia. Lagilah dia gabra dan kelam kabut masuk ke dalam lift sambil doa dekat Tuhan.
Sampai-sampai je dekat level bawah lutut dia masa tu dia cakap dah longgar macam tak bermaya dah nak jalan dan bos aku tadi terkejutlah tengok keadaan dia. Esoknya dia MC 3 hari, demam.
Sekian

The post HOTEL M 2 CERITA appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close