Hai assalamualaikum kepada semua readers dalam FS ni dan buat admin terima kasih sebab kongsikan cerita ni. Semua sahabat handai aku gelarkan aku chippy. Jangan tanye kenapa sebab aku pun was was kenapa nama macam tu diberikan padaku. Ahaha. Okay cerita yang aku nk kongsikan ni memang betul berdasarkan dari pengalaman aku sendiri pada 9 tahun lepas masa berumur 17 tahun and masih sangat segar di ingatan aku.
Cikgu Faizah cikgu kaunseling sekolah aku inform dekat aku dalam masa lagi dua minggu akan datang ada perkhemahan anjuran Kementerian Belia Sukan dekat Dusun *** Resort Janda Baik Pahang. Diaorang nk sponsor sekolah kami seramai 44 org iaitu bersamaan dengan satu bas. Cikgu memang nak attend perkhemahan tu sebab nak biar kami dpt sijil and so on lah katanya. Dipendekkan cerita aku disuruh untuk cari kawan-kawan yang berminat nak join. Aku bawak hampir semua pelajar lelaki melayu kelas aku untuk turut serta, kawan kawan dari kelas lain. Dan beberapa pelajar perempuan nak turut serta.
Kami berangkat jam 8 pagi dari sekolah hari jumaat yg dinantikan. Sesudah smpai d siana rupanya ada lagi dalam 4-5 sekolah lain turut serta dan ada satu kumpulan fasilitator dari Kolej Yayasan Melaka. Kejadian Hari pertama lepas solat isya’ dan makan malan. Sewaktu kami semua berkumpul standard lah brain storming and aktiviti berkumpulan, tengah leka dan kusyuk beraktivitas tiba tiba salah seorang peserta perempuan dari sekolah mana tah lari melulu keluar dari dewan dan terus berlari ke arah satu dewan yg kosong selang beberapa blok dari dewan kami berhimpun. Abg kakak fasi tu apa lagi lari kejar perempuan tu.
Baru nk tangkap makin laju dia lari masuk dalam dewan yg kosong tu. Semua pelik pintu dewan berkunci macam mana dia boleh bukak macam tu je. Perempuan tu masuk dalam je dia menangis ya Allah sangatlah kuat sampai kiteorang tercengang cengang dari jauh tengok pun boleh dengar. Apa lagi dah nangis dia boleh mengilai gelak ronok ronok dalam tu macam jumpe kawan lama dia. ‘Ahh sudahh!’, kami semua bercakap dalam hati. Tiba tiba datanglah seorang lelaki rasanya dia supervisor incharge dalam resort tu. Pakdin nama dia. Pakdin ditemani oleh seorang ustaz salah sebuah sekolah yg ikut trip kami tu.
Lepas dalam 10-20 minit ustaz dan pakdin ber-negotation dengan perempuan tu, akhirnya perempuan tu senyap lalu rebah jatuh pengsan. Kiteorang lain semua diam seribu bahasa dalam dewan tu. Memang tak jadilah nk aktiviti ke apa malam tu. Fasi semua bagi arahan suruh kiteorang balik ke dorm. Okay sekolah aku ni disebabkan ramai sangat lelaki berbanding sekolah lain so kiteroang dapat satu dorm yg memuatkan 25 katil double decker. Satu hall dorm tu memang kami punya. Dorm kami tinggi sebab dia dekat kawasan macam rendah tapi diselaraskan sama level ketinggian dia dengan dorm lain iaitu dorm pelajar perempuan sebelah kanan. Jauh gaklah dalam 50 meter terpisah.
Belakang dorm kami memang hutan semata mata. Dan toilet pulak dibawah sebelah kiri. Kiranya kalau nk ke toilet memang kena turun tangga yg berada di hujung dorm tu lah. Rasanya siapa penah ke resort ni tahu kot macam mane ghupenya. Susah nak explain. Nak dijadikan cerita malam tu kami semua kawan kawan ni lepak la dekat depan dorm tu sambil berborak pasal kejadian tadi dekat dewan tu. Semua memang jujurlah takut tk penah tengok, dengar semua benda tu. Kalau stakat menyakat kawan lain buat suara pelik pelik ke apa pernah lah.
Ada seorang kawan aku nama dia Hakim. Tengah rancak kami berbual hp dia berbunyi tiba tiba dahlah dia tengah bercerita pasal kes tadi tu. Rupanya mak dia call nak tnye macam mane keadaan kem tu semua, dia pun berlalu pergi jauh dari kami sebab bising dan line telepon tak clear. Dia berjalan menuju ke tangga nk turun tu langsung datang lari balik ke arah kami semua. “Kau dah kenapa kim nak lari lari macam ni?”, tanya aku pada dia. Selamba badak je dia jawab, “aku nampak ada benda tengok merangkak naik tangga macam dalam cite ju-on tu terkejut lah aku”. (Untuk pengatahuan kalian. Hakim ni alim orangnya. Solat tak pernah tinggal tiap ada masa terluang berzikir dia isikan masa).
Lepas dengar dia cakap macamtu, apa lagi lintang pukang lah semua lari masuk dalam dorm. Disebabkan semangat setia kawan yg sangat kuat kami semua tambah dengan takut, kiteorang rapatkan semua katil double decker tu ke tengah dorm dan tidur dekat dekat semuanya. Takde yg terpisah jauh. Sampai sekarang bermain dalam ingatan aku. Apa benda yang hakim nampak tu ? ‘Benda’ tu ke yg da masuk dalam badan perempuan yg melulu lari masa aktiviti berkumpulan tu ? Weh baru hari pertama dah buat perangai camtu lahai. Ahah.
Ps: Maaf kalau cerita ni tak seseram yg lain. Tapi ada lagi yg terjadi pada malam kedua dekat resort tu. Kalau diberi peluang kesempatan aku sambung lagi cerita malam kedua. Ni pun baru lepas azan subuh rasa macam senang skit nk berkarya ceh. Tadi masa azan subuh berkumandang pun bulu roma den berdiri goosebump. Taktau lah kenapa. Assalamualaikum nak solat dan sesiap bermulanya hari baru. -MIAR-
- hantar kisah anda: http://ift.tt/2oLB9C6
The post Dusun *** Resort Janda Baik appeared first on Fiksyen Shasha.
0 comments:
Post a Comment