Genting Highland Bakal Kenakan Caj Parkir?

loading...

JIKA anda pengunjung tegar Genting Highland, di Pahang anda pasti akan terkejut dengan berita yang bakal kami sampaikan ini.

Kawasan tanah tinggi peranginan itu bukan sahaja popular dengan tempat pelancongan, namun ia juga popular dengan kegiatan kasino terbesar di Malaysia.

Kalau minggu lalu anda ke sana tanpa dikenakan sebarang bayaran bagi tempat letak kereta, namun mulai minggu ini, anda perlu bayar duit parkir termasuk di hotel seperti Maxims, Genting Grand, First World dan Sky Plaza.

Jangan terkejut ya. Kerana caj bayaran parkir ini sudah bermula sejak 1 Oktober yang lepas, lapor World Of Buzz

Namun, buat masa kini, jumlahnya masih murah iaitu sebanyak RM5 sehari pada hari biasa dan RM8 pada hujung minggu dan cuti umum. Jangan cancel trip ke sana pula hujung minggu ni.

Ini boleh dikira murah lagi tau. Nanti pada Januari 2018, cajnya akan berubah lagi mahal bertambah mahal.

Mula tahun hadapan, caj parkir akan dikenakan mengikut jam. Pada hari biasa caj dikenakan bermula daripada RM2 setiap jam dengan maksimum 12 jam sehari.

Manakala, pada hujung minggu dan cuti umum, RM3 akan dikenakan bagi setiap jam dan caj maksimum RM18 sehari!

Jadi, anda boleh lagi meneruskan plan short vacation anda pada tahun ini. Tahun depan dah mula naik harga dah. Pengsan nak bayar parking je.

Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pemegang kad ahli Genting Rewards, anda masih boleh menikmati parkir percuma sehingga hujung Oktober ini sahaja.

Manakala 1 November hingga 31 Disember nanti, parkir percuma hanya akan diberikan kepada ahli yang menggunakan kad Emas dan ke atas sahaja!

Jadi bagaimana pendapat anda mengenai caj yang dikenakna ini? Berbaloi atau tidak?

Bukan itu sahaja ya. Awana Car Park di Genting Premium Outlets juga bakal dikenakan bayaran parkir dan keistimewaan hanya akan diberikan kepada ahli Genting Rewards sahaja.

Tetapi, sampai sekarang tiada lagi berita pengesahan daripada pihak Genting Highland sendiri mengenai caj parkirg yang bakal dikenakan ini.

Harap-harapnya ini semua cuma khabar angin lah. Bukan apa, Genting Highland ni boleh dikatakan tempat beriadah seisi keluarga yang dikatakan ‘under budget’ kalau nak rasa bercuti dalam cuaca sejuk.

Kalau lepas ni semua tempat parkir kena bayar, susah sikit lah kan. Banyak belanja kena keluar untuk bayar parkir. Dapat pula kalau jenis yang suka berjalan daripada satu tempat ke satu tempat, dah berapa tu kena bayar parkir kan.

Selagi belum ada pengesahan daripada pihak yang tertentu, anda boleh lah menikmati keseronokan percutian dekat atas sana. Nanti dah mahal, tak dapat dah merasa parking free.

 

The post Genting Highland Bakal Kenakan Caj Parkir? appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close