[ADA LAGI?!] Pasangan Suami Isteri Bertindak Kasar Selepas Mengundurkan Kereta Di Lorong Sehala Hampir Mengakibatkan Kemalangan

loading...


Aduyai…apa kena dengan manusia zaman sekarang ni yang asyik nak melepas geram tak tentu arah ni?
Selepas beberapa hari seorang Akak yang ganas melemparkan selipar beliau, muncul lagi sepasang suami isteri ,keturunan Melayu, yang bertindak kasar dan kurang ajar selepas mereka sendiri yang hampir mengakibatkan kemalangan.
 
Mengikut sumber Facebook, pasangan yang ‘tertuduh’ itu tiba-tiba membawa kereta secara ‘songsang’ dengan mengundurkan kereta beliau di lorong yang dengan jelasnya ternyata “sehala”.
Mungkin kerana pasangan telah sedar yang mereka hampir terlanggar dengan kereta belakang, dan dalam keadaan panik juga menyedari anak kesayangan mereka ‘boleh’ tercedera jikalau telah berlaku perlanggaran pada waktu itu, maka membara-lah api dalam badan mereka.
 
Habis semua kena, kereta pasangan Cina kena teruk, dan tidak ‘complete-lah’ kalau tidak ada yang menunding jari tengah.
Haihh…kesabaran itu separuh daripada iman…
Dahla sendiri yang mengakibatkan situasi yang merbahaya itu, lepas itu boleh pulak nak berkasar sana sini. Apalah yang merugikan sangat kalau berpatah balik ke lokasi yang sama? Bukan lebih selamat ke?
Nah…anda saksikan-lah sendiri…
Sebelum itu, biar saya letakkan satu ‘disclaimer’ dulu, saya tidak sama sekali ingin mencetuskan sifat perkauman hanya ingin menjadi deskriptif. Kalau tak, pening nak memahami apa yang telah terjadi, dah-lah dua-dua pun pasangan.
Video Player
00:00
00:46
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close