The Exorcism of Emily Rose

loading...

Bagi para penggemar filem seram hollywood, filem The Exorcism of Emily Rose adalah suatu tidak asing serta merupakan sebuah filem yang menarik perhatian dunia berkenaan upacara menghalau hantu “exorcism”. Filem ini juga meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton sama ada kejadian dirasuk makhluk halus adalah “real” atau pun suatu fenomena yang boleh dijelaskan melalui kaedah saintifik.

Filem The Exorcism of Emily Rose adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai seorang gadis bernama Anneliese Michel yang berasal dari Leiblfing, Jerman. Anneliese dilahirkan pada tahun 1952 dan mula mengalami gangguan paranormal ketika berusia 17 tahun.

Sewaktu di sekolah menengah Anneliese telah mula mengalami gangguan dan doktor di Psychiatric clinic Wurzburg telah mendiagnoskan Anneliese mengalami Grand Mal epilepsi. Semenjak itu, dia juga mula berhalusinasi dan mendengar bisikan suara ghaib. Setelah menerima rawatan perubatan moden untuk beberapa lama, Anneliese tidak menunjukkan sebarang tanda beransur pulih dan ini menyebabkan ibu bapanya beralih kepada rawatan alternatif “Exorcism” yang dijalankan oleh paderi gereja katolik bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt.

Selama mengalami gangguan paranormal, dikatakan Anneliese melakukan perkara-perkara pelik seperti kencing di atas lantai dan menjilat kencing sendiri, memakan lalat dan lelabah. Selain itu, Anneliese merangkak dibawah meja dan menyalak seperti anjing. Anneliese juga kerap menjerit berjam-jam lamanya dan telah menjadi rutin. Sepanjang tempoh 10 bulan tahun 1975-1976, Anneliese mendapat rawatan “exorcism” sebanyak 67 kali.

Anneliese juga memaksa dirinya untuk berpuasa kerana percaya ia dapat menjauhkan dirinya gangguan syaitan

The post The Exorcism of Emily Rose appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close