I’m not Alone

loading...

Assalamualaikum and Hi. Nama aku Ryan ( Real name ) okay intro aku kasi panjang sikit sebab wanna let you guys know the reason how i met HER berhuhu kita sekejap. Time kejadian tu berlaku tahun 2017 kira tahun ni lah kah kah kah okay lawak tak jadi. Lebih kurang bulan march benda ni baru ja terjadi actually i got an ability lihat benda yang tak semua manusia dapat melihat. Banyak kali dah nampak benda ghaib ni but for me the fearful experienced i’m gonna telling you guys right now was the most creepiest one huhu.

Kejadian ni terjadi time aku baru balik studied. Aku ni student lagi baru berusia 17 aku sekolah di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur, and aku ni ulang alik dari rumah ke sekolah dengan driving ja. Area kawasan rumah aku dekat Kajang Beverly Heights kepada yang tinggal area Kajang maybe tahu location rumah aku ni. Time tu about pukul 9 pm like that i’ve just ended my classes. I was so exhausted time tu, time drive tu serious couldnt describe how exhausted i was. Well, time sampai satu traffic light ni aku rasa tak sedap hati but aku fikir positive maybe sebab aku tired kot okay aku biarkan ja.

Traffic light bertukar warna dari merah ke hijau. I’m continuing my journey cewahh macam nak pergi Johor pulak drive nya haha dari rumah aku ke sekolah tak lah jauh mana but because of the traffic jammed guys sebab tu sampai lambat. Ffinally i’ve reached area rumah aku. Before nak masuk kawasan rumah aku, aku kena lepas rumah pondok pak guard yang menjaga area tersebut. Masa nak masuk tu pak guard all of the sudden tegur aku. “Eh ryan baru balik”, kata pak guard tadi. Aku dengan suara yang agak keletihan membalas, “haah uncle baru sampai ni”. Pak guard tersebut hanya menggerakkan kepala nya tanda faham dengan jawapan keletihan aku itu.

Then I’m not really quite sure is it real or is it just my exhausted feel, but for certain was aku nampak pak guard ada dalam pondok tu but wait siapa yang tegur aku tadi? Aku just ignored sebab i was so tired literally. Then sampai sahaja dalam rumah tiada orang, baru ku ingat semalam mak som telah pulang ke kampung halamannya dan pak din pula telah balik ke Pahang atas urusan penting. ‘Haihh’, keluh ke kepenatan, dengan tidak melengah lengah segera ku capai tuala mandi dan segera aku mandi. Sesudah mandi aku segera mengambil wuduk nak menunaikan solat isyak. Semasa solat aku perasan something weird but i’m just focused on my prays.

Alhamdullillah siap solat aku turun ke tingkap bawah rumah menonton tv sambil menunggu kepulangan parents aku. Aku terdengar ketukan pintu tanpa memberi salam, segera ku membangunkan diri yg terbaring di sofa lantas membuka pintu. Keghairanan ku seketika. “Lah, aku ingat ibu dan papa dah pulang”, bisik ku sendirian. Aku pun menutup pintu rumah ku akan tetapi sebelum sempat ku menutup pintu itu aku terasa something tried to push the door from outside. Aku ternampak tangan yang agak ngeri dan penuh dengan luka.

I wasn’t panic sebab ini sudah menjadi kebiasaan diriku melihat benda ghaib sebegitu. “Kenapa dengan tangan kamu tu”, tanya ku. Soalan ku hanya dibalas dengan ketukan pintu yang tidak begitu kuat. Aku dengan selamba menutup pintu kerana sudah menyedari jam menunjukkan pukul 11 lebih. Apabila ingin ku membawa diri tidur di atas, tiba tiba terdengar suara seorang wanita menangis dan segera aku menuju ke ruang tamu di mana suara tersebut didengari. I was a little bit startled, mana nya tak tiba tiba aku nampak benda yang boleh ku katakan seakan pocong baring di atas sofa yang aku baring sebentar tadi. Aku teringat seketika pesan ayah ku. “Bila ryan nampak benda benda ghaib ni, baca lah al fatihah dan ayat kursi insha Allah ryan akan rasa tenang”, pesan ayah ku.

Sejurus aku baca, alhamdulillah pocong tersebut hilang tetapi apabila aku ingin menoleh ke belakang, ku terlihat pula seorang wanita di anak tangga menuju ke atas bilikku. Rambutnya agak kusut panjang, rambutnya seakan panjang ketinggian diri ku ini dengan menggayakan baju putih yang dipenuhi darah dan seluruh, seluruh badannya dipenuhi dengan darah yang agakkan ku darah jenis A or O kot sebab pekat sangat huhu. Tetapi benda tersebut tidak menonjolkan diri nya terhadap aku. Aku terpaku melihat kecantikan diri benda itu, adakah itu cinta pandang pertama? Choii minta simpang 44 kah kah.

Terfikir ku sejenak. Apabila memasuki rumah tadi, terlupa aku memberi salam dan dengan selamba memasuki rumah. Segera ku keluar rumah balik dan memberi salam dan baca segala surah yang aku tahu. Lihat aku sebentar jam telefon ku yang sudah melepasi angka 12. Kedengaran bunyi honk dua kereta milik ibu dan ayahku. Betapa syukurnya aku. “Alhamdullillah ibu dan ayah dah pulang yeah”, jerit ku walaupun sudah tengah malam. Keghairanan ibu bapa ku melihat kegembiraan diriku dan bingung melihat kenapa aku boleh berapa di luar rumah. Dan malam tu aku tidur dan alhamdullillah lena tidur ku tanpa sebarang gangguan . Keesokan pagi I’ve told every single things that happened last night dekat parents aku. “Kan ibu dah banyak kali kata sebelum masuk rumah tu bagi salam then cuci kaki”, bebel ibu aku. Ayahku pulak memuji keberanian diriku. Cewahh bangga sekejap haha.

Okay that’s all before that i’d like to thank admin because publish my story eventhough it wasnt scary enough and just had lot of ridiculous things haha but this is based on real story huhu .. The End ..

The post I’m not Alone appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close