Hostel Farley Sibu

loading...

Assalamualaikum admin FS. Sebenarnya sudah lama ingin berkongsi kepada admin tentang cerita saya. Cuma tak pasti bagaimana untuk saya mulakan. Ini merupakan cerita pertama saya.
Jika tidak keberatan dan ia sesuai untuk dikongsikan kepada pembaca, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada admin.

Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya sebagai Puteri. Saya berasal dari Sarawak. Umur saya hampir 29 tahun. Saya ingin menceritakan kisah yang pernah berlaku pada kakak saya ketika dia bekerja di pusat beli-belah Farley Sibu dalam tahun 2006 yang ketika itu tempat tersebut masih sedang dibangunkan bangunan-bangunan lain. Cerita ini juga pernah diceritakan oleh kakak saya sendiri, ketika dia masih bekerja di situ.

Ketika itu, dia tinggal di hostel yang disediakan untuk staff2 Farley saja. Belakang hostel Farley pada ketika itu belum ada perumahan dan kawasan hutan. Tidak jauh dari hutan tersebut ada kubur kristian. Setiap kali tengah malam ketika sedang lena tidur, kakak saya kerap dikejutkan dengan bunyi yang kurang menyenangkan.

Pada suatu malam, ketika itu kakak dan 2 orang rakan sebiliknya balik lewat kerana ada “sales” untuk musim perayaan. Selesai mandi, kakak saya dan yang lain masing-masing baru saja melelapkan mata. Tidak lama kemudian, kakak saya dikejutkan dengan bunyi bising dari luar. Pada mulanya dia belum menyedari apakah bunyi tersebut. Disebabkan merasa terganggu, kakak saya mula memasang telinga untuk mendengar betul-betul bunyi tersebut.

Alangkah terkejutnya kakak saya bila mendapati bunyi tersebut adalah bunyi wanita yang sedang mengilai dan mereka saling bersahutan dengan tangis dan gelak ketawa. Alhamdulillah, kakak saya bukan seorang yang jenis lemah semangat. Dia mula membacakan ayat kursi beberapa kali sehingga pekikkan dan ngilaian itu mula menghilang sehingga kakak saya tidur dengan tenang.

Keesokan paginya, kakak saya mendengar 2 rakan sebiliknya bercerita. Dia fikir dia seorang saja yang mengalaminya. Tetapi kakak saya diamkan saja kerana tidak mahu membuat mereka risau. Hampir kerap gangguan itu ada, sehingga kakak saya terbiasa dan lali. Tetapi seperti biasa kakak akan bacakan ayat kursi sebanyak mungkin sehingga dia tidur lena.

Sejak itu kakak saya juga turut mendengar cerita daripada salah seorang Pakcik yang lama bekerja d situ sebagai security. Sebenarnya sudah beberapa orang partner Pakcik yang bertukar ganti kerana tidak tahan bekerja kerana sering diganngu. Kadang-kadang Pakcik melihat kelibat lembaga seorang wanita berambut panjang lalu di belakang hostel, kadang2 di atas bumbung hostel malah melihat kelibat lembaga yang menyorong troli sekilas pandang. Tetapi Pakcik itu selalu kuatkan iman dan tidak pedulikan apa yang dia nampak.

Bukan saja di hostel, malah kawasan Farley yang masih ada bangunan yg sedang dibangunkan pada ketika itu juga, membuatkan security yang bertugas akan mengalami gangguan yg sama. Sekarang saya tidak pasti masihkah hostel tersebut menyimpan kisah misteri. Apa pun saya nasihatkan kepada pembaca terutama Muslimin dan muslimat, jangan mudah lemah semangat. Sesungguhnya mereka juga adalah makhluk Allah, mereka adalah golongan jin yang sentiasa berusaha mencari kelemahan manusia dan mahu meruntuhkan iman manusia.

Saya sarankan jagalah amal ibadah kita sebagai seorang muslim. Setiap kejadian dan gangguan itu berlaku kerana amalan kita sendiri. Jauhi kepercayaan pada perkara2 syirik dan khurafat kerana kepercayaan itu juga membuatkan kita sering mengalami gangguan tanpa henti.

Jaga Solat. Belajar membaca al quran dan dekati amalan sunnah.

Sekian.Terima Kasih.
-InsyaAllah sekiranya ada perkongsian yg saya masih ingat, saya akan kongsikan kepada admin FS.
Hanania

The post Hostel Farley Sibu appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close