Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum warga FS. Aku nak share kan satu kisah yang aku sendiri alami semasa aku menuntut di UiTM Samarahan Sarawak. Nama aku tipah (bukan nama sebenar). Ni kisah semasa aku semester 4 pada tahun 2014. Time tu UiTM kampus 2 baru sahaja di buka dan kiranya batch kami lah orang yang pertama yang mendiami kolej tersebut.
Kolej tersebut berkonsepkan apartment dan mempunyai 4 buah bilik. Setiap bilik ada 2 orang dan bilik aku berada di tingkat 2. Jadi satu sem tu aku tinggal dengan roomate aku namanya Peah (bukan nama sebenar). Minggu pertama tu, semasa aku sibuk bercakap dengan roomate aku, terdengar dari luar bunyi orang main baling2 batu. terus aku cakap dekat Peah “Bunyi apa tu Peah?! dari tadi tak henti”, terus si Peah terdiam. Lepas tu baru aku sedar mulut aku ni celupar sangat dah lah tempat ni sangat baru. Pada malam tu, aku memang susah sangat nak tidur sebab aku memang jenis susah nak tidur kalau dekat tempat baru. Jadi malam2 tu aku memang selalu main handphone sebab tak dapat nak tidur.
Si Peah tu jenis tidur awal, jadi malam2 memang aku sorang yang berjaga. Malam tu, aku ada dengar orang bermain guli dekat level atas. Dalam hati aku, “Siapa lah main guli tengah malam2 ni”. Tapi aku malas nak fikir panjang jadi aku biarkan je. Lepas hilang bunyi guli tu, aku dengar pulak bunyi orang berlari dekat level atas. Time tu rasanya dah lewat malam, aku fikir siapa pulak yang berlari lari masa macam ni. Aku dah rasa lain macam terus aku paksa diri aku tidur. Lepas aku dah tertidur tu, aku tersedar dari tidur sebab aku terdengar bunyi pintu bilik yang dekat luar tu macam ada orang yang cuba buka tombol pintu. Aku memang dah tak sedap hati dan terus je baca macam2 surah dan terus la terlelap.
Selama berminggu dekat sana, memang selalu dengar bunyi org baling batu, bunyi perabot, bunyi tombol pintu yg cuba di buka time tengah malam. Even kawan2 sebilik aku pun dengar. Jadi kalau dah selalu sangat, aku dah rasa terbiasa. Tapi… ada satu malam tu aku tak kan lupa. Kisah dia macam ni.
Suatu malam, aku terjaga dari tidur selepas aku tersedar yang tuala yang menutup mata aku macam ada orang tarik. Terus serta merta aku terbangun dan bulu roma blakang aku berdiri. Tiba tiba je, aku macam tak boleh bernafas.. Rasa macam ada “benda” yang duduk atas aku. Aku cuba gerakkan diri pun tak boleh. Aku dengan panik terus baca Ayatul Kursi dalam hati, lepas tu baru aku dapat bergerak dan bernafas. Aku terus berlari dan on kan switch lampu. Si Peah dengan muka baru bangun tido terus terkejut sebab aku bukak lampu, dan dia pun tido dekat bilik sebelah meninggalkan aku seorang dengan benda puaka tu. huhu sabar je lah..
Jadi, hari seterusnya Peah pun bertanya kat aku, kenapa aku tetiba buka lampu dan kenapa rupa aku macam takut sangat. Aku terus explain A-Z ke Peah. Terus Peah terkejut dan dia cerita semalam dia ada mimpi hal aku. Mimpi Peah macam ni..
Dalam mimpi tu, Peah bermimpi ada seorang perempuan dalam bilik aku dan Peah. Dalam mimpi tu, Peah dan aku sama2 tengah tidur dalam bilik. Perempuan tu masuk bilik dan terus pergi ke katil aku. Lepas tu, perempuan tu terus tidur sama2 dekat katil aku.
Aku terus terkejut sebab mimpi Peah dengan kejadian semalam macam ada berkait.
Selain Peah, ada jugak seorang kawan aku ni, nama dia Mila (bukan nama sebenar). Dia illegal dekat bilik sebelah. Pada masa yang sama, si Mila kata dia tak nak tidur lagi dekat hostel ni. Bila kami semua bertanya, baru dia bukak crita. Pada malam yang sama, si Mila ni tidur dekat lantai. Lepas tu, dia tetiba tersedar dari tidur dan bila Mila bukak je mata, Mila ternampak ada seorang perempuan mencangkung dekat area pintu bilik tu. Mila dengan rasa tak percaya, dia even gosok mata dia sebab takut tersalah tengok. Dan sah, memang ada seorang perempuan berambut panjang duduk mencangkung. Dengan rasa yang sangat takut, Mila terus pejamkan mata dan paksakan diri untuk tidur.
Selain malam tu, aku boleh kata selalu sangat malam2 tersedar lepas tu rasa tak dapat bernafas dan bergerak. Jadi, ada satu hari tu, selepas solat Isyak, kami sama2 membaca Yassin dengan harapan tiada gangguan lagi. Lepas tu, Alhamdulillah aku dapat tidur dengan selesa, tak ada lagi gangguan malam2.
Tamat lah cerita dan kisah yang aku alami selama berada dekat Kolej di UiTM Samarahan 2, Kolej Sri Pinang.
- hantar kisah anda: http://ift.tt/2oLB9C6
The post Gangguan Semasa Berada Di Asrama UiTM Samarahan appeared first on Fiksyen Shasha.
0 comments:
Post a Comment