Jalan Mersing Mawai

loading...

Assalam. Aku baru seminggu terjoin dalam fs ni. Nampak menarik cerita yang dipaparkan. Aku pon nak berkongsi pengalaman aku tapi tak tahu la seram ke tak. Pengalaman aku ni berlaku pada tahun 2015. Aku merupakan seorang penjawat awam yang selalu sibuk dengan pelbagai mesyuarat. Kebiasaannya mesyuarat jabatan akan dilaksanakan di Johor Bahru. Aku berkhidmat di Mersing. Kebiasaannya untuk ke johor bahru akan melalui jalan jemaluang-simpang mawai-kota tinggi-johor bahru.

Bagi mereka yang selalu melalui jalan mawai jemaluang akan tahu jalan tersebut memang sunyi dan ada kubu zaman jepun yang betul-betul terletak di tepi jalan. Selalunya kalau ada mesyuarat aku akan pastikan mesyuarat tu habis paling lewat pukul 5.30 petang. Jadi aku akan sampai di kawasan tersebut sekitar pukul 6.30 petang. Waktu termasuk ketika jalan jem balik kerja. Sekiranya lewat aku akan tidur sahaja di hotel di bandar johor. Hari kejadian adalah hari khamis. Mesyuarat aku abis lewat, dalam sekitar pukul 7.00 malam. Esoknya pulak ada mesyuarat pagi pukul 8.30 pagi di mersing. Aduhhh, aku menepuk dahi. Matila nak. Terpaksa juga aku redah juga balik mersing.

Aku ni nak kata berani tak de la berani sangat. Nak kata penakut tu adala berani sikit. Aku pon dengan naik si comel aku meredah la jalan untuk pulang ke mersing. Aku sampai di area mawai pada pukul 8.00 malam. Tak sangka laju jugak aku bawak, heeee. Sambil drive sambil aku dengar lagu sambil aku menyanyi2, sampai la di kawasan mawai radio dah tak berfungsi sebab kawasan tu tak ada line. Line telefon pon tak ada. Ni kalau excident ni memang tak de sapa jumpa aku, haisyhhh. Disebabkan radio pn dah tak ada lain aku pon switch off la radio tu. Tetiba aku bau sesuatu yang sangat wangi. Wangian yang tak pernah aku bau. Wangi sangat.

Aku tak terpikir lagi waktu ni. Almaklum aku ni memang lambat pick up sikit bab-bab ni. Dalam hati aku sejak bila pulak keta aku ni wangi. Selalu bau hapak, hahaha. Tak lama lepas tu aku dengar suara orang berbual di belakang sit. Aku masih lagi tak sedar-sedar. Aku ketuk-ketuk radio kereta. Siap marah lagi. Eh, ade suara radio aku ni. Sini mana ada line. Tetibe aku terpikir. Eh..aku kan dah off tadi. Terus berdebar hati aku. Baru aku perasan aku semakin dekat dengan kubu-kubu tu dan aku adalah satu-satunya kereta yg ada di atas jalan gelap yg dikelilingi oleh hutan tebal. Ya Allah, macam manalah aku boleh tak perasan.

Selalunya ada lori tapi masa tu memang tak ada satu kenderaan pon. Aku pon dengan tangan terketar-ketar sambil berlagak tenang sebelah lagi memegang stereng meraba-raba handphone aku yang ada kat sit sebelah. Sambil sebelah tangan drive, sebelah tangan mencari surah al matsurah. Tapi boleh pulak tak jumpa. Suara berborak di belakang semakin kuat. Hati aku semakin berdebar. Surah al matsurah aku cari tak jumpa-jumpa, tapi jumpa surah yasin. Aku cepat2 on. Bila bacaan yassin mula brrkumandang, terasa nafas halus dihembus betul-betul di belakang tengkuk aku. Bulu roma meremang daripada hujung kaki sampai hujung kepala. Ya Allah, apa dugaan yang ko hantar pada aku ini YA Allah.

Serentak dengan itu, aku menjerit-jerit mengikut alunan bacaan yassin pada headphone ku. Aku baca dengan tajwid berterabur sambil menjerit-jerit. Aku tak pikir ape dah waktu tu. Aku cuma berdoa di dalam hati semoga dipertemukan dengan lori. Walaupun bawa 10kmj sejam aku nak follow jugak. Tak lama tu aku nampa cahaya lampu lori di kawasan felda Sungai Ara. Ya Allah, bersyukur sangat. Aku hon2 lori tu kyat-kuat. Isyarat aku nak follow die. Lantak la die nak maki aku ke apa, yang penting benda dalam kereta aku ni keluar. Aku memang tak berani dah nak pansang side mirror. Tetiba kereta aku jadi ringan. Serentak dengan itu, bau wangi dalam kereta aku pun turut hilang. Ya Allah, ko mendengar doa hambamu.

Lepas tu aku memang follow je belakang lori tu.memang 10kmj die bawa. Lantak la aku sampai lambat kat rumah, yang penting aku selamat. Aku sampai di mersing pada pukul 1 pagi. Housemate aku dah risau. Asyik telefon je tanya kat mana. Aku just jawab kat rumah aku story. Sampai rumah ku terus peluk dia x lepas. Tidur pon pelok dia. Kawan aku kata buang tebiat ke hapa. Lantak la. Esok baru aku story kat dia. Esoknya aku demam, tak pegi pon meeting pagi tu haha. Sia-sia aku meredah malam tu. Lepas tu aku wasap bos aku. Aku citer kat die apa yang jadi. Aku mohon next meeting jangan la abis lewat lagi. Jawapan bos aku memang menyakitkan jiwa raga aku, “Allah nak menguji kamu. Biasalah tu”. Wakluuu r. Aku cakap dalam hati je yang tu haha. Sampai sekarang aku takkan balik malam. Kalau ade meeting petang-petang aku bagi 1000099x alasan kat bos aku. Padan muke dia..

The post Jalan Mersing Mawai appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close