Ibu & Anak Keluar Cari Tin Untuk Sara Keluarga Berbekal Minyak RM1. Netizen DEDAH Maklumat Keluarga Miskin Tersebut !!!

loading...

Ibu & Anak Keluar Cari Tin Untuk Sara Keluarga Berbekal Minyak RM1. Netizen DEDAH Maklumat Keluarga Miskin Tersebut !!! | Si ibu yang tabah ini sanggup meredah panas terik matahari dengan menunggang motosikalnya untuk mencari tin dan botol kosong kerana keadaan yang mendesak dan keluarganya perlu disara. Dengan hasil jualannya yang tak seberapa kelak boleh digunakan untuk keluarganya dan mungkin untuk perbelanjaan sekolah anaknya.

Anaknya pula gigih membantu ibunya mencari rezeki yang halal sebaik saja pulang dari sekolah, Sementara kanak-kanak sebaya usianya, mungkin sedang berehat di rumah menikmati angin dingin dari kipas rumah dan tidur lena dan bermain gadjet.

Perkongsian oleh Eman Panji membuka mata banyak pihak bahawa di Malaysia ini masih banyak penduduknya yang kais pagi makan pagi.

“Menjelang petang, urusan di Kuantan baru sahaja selesai. Penat, letih, dahaga, panas semua bercampur aduk rasanya. Perjalanan pulang ke Pekan melalui jalan Kempadang Sg Soi. Setibanya di lampu isyarat Kampung Pak Mahat, ternampak seorang ibu dan anak sedang membawa beg besar di kiri kanan dengan menaiki motosikal.

Dengan cepat memintas mereka. Rupa-rupanya beg besar itu mengandungi tin dan botol kosong. Katanya mereka, memang setiap hari mereka mencari botol dan tin kosong. Selepas balik dari sekolah, anak sulung akan menemaninya mencari botol dan tin kosong sehingga lewat petang untuk dijual pada keesokan harinya.

Terpandang anaknya yang masih memakai tudung sekolah itu mengesat peluh di dahi. Sayu hati melihatkan dia yang sebaya anak saya itu. Betapa dia bersusah payah membantu ibunya itu. Sungguh pengalaman hidup mematangkannya.

Sempat memberikan mereka sedikit sumbangan peribadi. Teragak-agak mereka mahu mengambilnya. Seketika, mereka tersenyum dan mendoakan kebaikan.

Saya meneruskan perjalanan dan singgah di Stesen Minyak Kempadang. Setelah membeli barang di kedai serbaneka, terpandang kelibat mereka bergegas pergi setelah mengisi minyak. Saya melalui petrol pam tempat mereka mengisi minyak. Tersentap rasa hati. Tertera minyak yang mereka isi tadi RM1.00! Kenapa lah aku lambat tadi. Sedih sangat rasanya.

Di zaman yang serba mencabar ini, inilah hakikatnya. Semoga mereka terus tabah dan diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang kian mencabar di zaman ini dan sentiasa istiqomah dalam mencari rezeki yang halal untuk mereka anak-beranak yang seramai tujuh orang itu.”

Walaubagaimanapun seorang netizen telah berjaya memperolehi maklumat dari keluarga tersebut:-

Sumber:-Eman Panji

 

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Ibu & Anak Keluar Cari Tin Untuk Sara Keluarga Berbekal Minyak RM1. Netizen DEDAH Maklumat Keluarga Miskin Tersebut !!! appeared first on EKSIDENZ.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close