Dedek Kembali Lagi

loading...

Hai semua!! Sekian lama kisah kak yong dan dedek menyepi, baru sekarang aku dapat share story lagi dengan korang. Sorry sangat tak dapat nak kongsi dengan korang pasal dedek sebelum ni disebabkan kesibukan melanda diri. Hahah. Ayat poyo namati! Bila aku baca komen-komen yang korang rindu cerita aku ni, rasa terharu. Serius la! *lap hingus jap*

Okey, biar aku cerita kisah dedek sikit demi sedikit okey. Sejak tak bercerita dengan korang kat FS ni, aku pun dah tak tau nak cerita apa sebenarnya sebab aku jarang sangat balik rumah papa mummy. Almaklumlah aku tinggal luar sekarang ni walaupun ditegas oleh munmy papa. Kata dorang kesian dedek tinggal seorang diri tak ada kawan. Siapa cakap tak ada kawan? Punya ramai kawan dia yang tak lut tu mummy papa cakap tak ada kawan? Haa, yela bukan kawan manusia kan. So baru aku paham maksud mummy & papa.

Balik pada cerita seram dedek ni biar aku cerita masa aku balik rumah masa last month. Bila berjauhan dengan family ni, perasaan rindu tu mestila ada. Elok je aku habis kerja pukul 8 malam, aku drive balik rumah parents aku. Perjalanan cuma ambil masa 1jam 30 min je. So elok je dah sampai rumah aku tu terus aku redah masuk & tak bagi salam dah. Biasalah, aku kan ada kunci pendua. Masa masuk tu, aku dah terkejut gila. Mahu tak nya bila aku nampak dedek terpacak berdiri kat tangga sambil tengok aku tutup pintu. Bertuah punya adik! Nasib kakak engko ni tak mati mengejut tau. Mengurut dada je aku time tu.

Dedek tanya aku, “kenapa yong balik tak beritahu?”. See? Macam polis je dedek soal aku. “Alahh sajela nak buat surprise. Ni kenapa tak tidur lagi?”. Dan tahu apa jawapan dedek? Alahh, korang mesti dah tau punya laaa. “Dedek tunggu Yong balik la. ” Dalam hati aku ni dah berdebar. “Macam mana dedek tau yong nak balik?”. Tau apa jadi? Dia tunding jari dia kat sebelah aku dan cakap, “Dia yang cakap. ”

Terus aku pusing arah dedek tunjuk tu. Ya Allah, nasib tak ada apa. Tapi jantung aku ni berdegup 1000 km/j. Sumpah aku dah cuak wehh! Dah la masa aku balik tu, mummy & papa oustation. Yang tinggal cuma dedek & bibik je kat rumah. Ikutkan hati, nak je aku patah balik ke rumah sewa aku tu. Bila fikir waras, tak jadi pulak nak balik sebab jauh. Aku dah tak cakap banyak terus aku heret dedek masuk bilik aku. Lepas aku mandi, aku baring sebelah dia. Lepas tu dedek bisik kat telinga aku. “Yong bawa balik siapa tu? Kenapa muka dia buruk sangat?”.

Terus terjegil mata aku yang layu ni. Aku capai fon then aku buka surah al-quran. Lepas tu aku dakap dedek erat-erat. Aku tak bagi dia pandang mana-mana sudut melainkan muka aku. Sebab aku dah tak sanggup dengar soalan creepy daripada dedek. Nak nangis beb! Akhirnya malam tu kitorang tertidur dalam suasana cerah sampai la ke pagi. Bila bangun je, aku dah tak nampak dedek. So pagi tu masa breakfast aku tanya dedek awal dia hilang dari bilik aku. Selamba je dia jawab, “dedek kasi chance kat kawan yong untuk teman yong tidur semalam.

Sumpah! gelap gelita hidup aku bila dedek cakap macam tu. Nasib juga la aku tidur mati dan tak sedar dedek tinggalkan aku. Dengan siapa aku tidur malam tu, biar dedek jela yang tau. Aku dah tak nak tanya banyak lagi. Petang tu juga aku balik rumah sewa aku. HAHAHA. Sekian, daripada kak yong yang penakut.

The post Dedek Kembali Lagi appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close