Cristiano Ronaldo Bakal Timang Anak Kembar Lelaki

loading...

Cristiano Ronaldo dikhabarkan bakal menimang anak kembar lelaki daripada seorang ibu tumpang yang berasal dari Amerika Syarikat.

Memetik laporan The Sun, Ronaldo dikatakan sedang teruja menanti kelahiran anak kembarnya itu.

“Cristiano dan keluarga tidak sabar lagi menanti kelahiran anggota baru mereka.

“Ia selalu merahsiakan kehidupan peribadinya, tapi dia sudah memberitahu kepada orang-orang yang rapat dengannya mengenai bakal anak kembarnya.

“Bayi-bayi lelaki itu dikhabarkan akan lahir tidak lama lagi,” menurut sumber HollywoodLife.

Ronaldo turut merancang untuk menerbangkan bakal anak-anaknya ke Sepanyol selepas mereka lahir nanti. Bagaimanapun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Ronaldo. Terdahulu, Ronaldo seorang anak lelaki diberi nama, Cristiano Jr, yang lahir pada 2010.

Kelahiran Cristiano Jr juga dipercaya melalui ibu tumpang yang hingga kini identitinya di rahsiakan. Sementara itu, Ronaldo kini juga sedang menjalin asmara dengan model, Georgina Rodriguez, yang berusia 23 tahun.

The post Cristiano Ronaldo Bakal Timang Anak Kembar Lelaki appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close